Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Antara tokoh yang yang mengetengahkan perbahasan ini ialah Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam karyanya al-Rahiq al-Makhtum.
Terdapat 6 pendapat tentang tarikh berlaku Israk dan Mikraj.
1. Pada tahun Rasulullah diangkat menjadi rasul. (dipilih oleh at-Tabari)
2. 5 tahun selepas Rasulullah diangkat menjadi rasul (ditarjih oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtubi)
3. Malam 27 Rejab tahun ke-10 kenabian (dipilih oleh al-Allamah al-Mansurfuri)
Ketiga-tiga pendapat ini ditolak kerana Khadijah meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian. Kewafatannya sebelum difardhukan solat 5 waktu sedangkan kefardhuan solat adalah pada malam Israk dan Mikraj.
4. 16 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian
5. Satu tahun 2 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Muharram tahun ke-13 kenabian
6. Setahun sebelum Hijjrah iaitu pada bulan Rabiul Awwal tahun ke-13 kenabian
Tidak dapat dipastikan pendapat yang mana paling kuat daripada kalangan 3 pendapat terakhir ini.
0 komentar:
Posting Komentar