Rabu, 13 Agustus 2008

Israk Mikraj lagi...

Assalamualaikum, ini ust Sahrul ke? Waalaikum salam. Ya, saya bercakap ni. Ustaz! nak jemput ust ceramah di tempat sayalah, kami nak buat ceramah Israk Mikraj.
Terkejut saya, ada lagike ceramah Israk Mikraj? Saya mesti positif. Tentulah ada, sebab mengingat Rasulullah saw adalah setiap masa. Tanggungjawab kita dengan baginda ada dua. Cinta dan ikut. Mengaku cinta tapi tak mahu ikut, belum selamat. Contohnya Abu Talib. Adapun ikut baginda tetapi bukan kerana cinta, munafik. Pun tidak selamat.
Jadi, antara tanda cinta ialah kita selalu ingat padanya. Ingat pada Rasulullah saw.
Oppps ustaz! Boleh tak sediakan 20 soalan utk kuiz sekali? Amboi, kita pula kena sediakan soalan. Mestilah kena taip, takkan nak beri tulisan tangan sahaja. Malulah saya... Positif, positif.
Akhirnya, penat-penat saya sediakan tersebut, maka saya ingin kongsikan dengan para pembaca blog saya.
Anda boleh ajukan buat anak, suami atau isteri di rumah. Ataupun kawan-kawan di tempat kerja. Cubalah menguji minda kita...

Soalan Kuiz Israk Mikraj (siapa cepat dia jawab dan dia dapat…)

1. Apakah maksud Israk?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (perjalanan darat)

2. Apakah maksud Mikraj?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (perjalanan langit)

3. Apakah kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah semasa Israk dan Mikraj?

Buroq

4. Apakah hadiah terbesar yang diperolehi oleh Rasulullah s.a.w semasa Israk Mikraj?

Solat 5 waktu sehari semalam

5. Sebutkan 2 peristiwa sebelum Rasulullah s.a.w diIsrak dan diMikrajkan

Kematian bapa saudaranya Abu Talib, kematian isterinya Khadijah bt Khuwailid, dibedah dadanya

6. Berapa kalikah Rasulullah s.a.w berulang alik untuk meminta kurang bilangan waktu solat?

9 kali

7. Siapakah yang menasihati Rasulullah s.a.w agar meminta kurang bilangan waktu solat?

Nabi Musa a.s

8. Apakan pilihan yang ditawarkan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w semasa di Baitilmaqdis?

Susu dan arak

9. Kubur siapakah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w yang begitu wangi sekali?

Masyitah

10. Siapakah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w membawa obor api ketika Israk?

Jin Ifrit

11. Di manakah Rasulullah s.a.w mengimamkan solat bersama para rasul dan nabi?

Di Masjidil Aqsa

12. Di dalam surah apakah, Allah menceritakan peristiwa Israk?

Surah al-Israk.

13. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam syurga?

Orang-orang miskin

14. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam neraka?

Golongan wanita

15. Bilakah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj?

27 Rejab tahun ke 10 kebangkitan

16. Berapa lamakah tempoh perjalanan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Israk dan Mikraj?

Satu malam

17. Di manakah terletaknya Masjid al-Aqsa?

Di Palestin

18. Sebutkan satu keistimewaan Masjid al-Aqsa?

Kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram, 3 masjid yang digalakkan untuk disembahyang di dalamnya, bumi Israk

19. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Buroq sebaik tiba di Masjil al-Aqsa?

Mengikatnya

20. Bagaimanakah gambaran tunggangan yang dinaiki Rasulullah s.a.w semasa Israk dan Mikraj?

Binatang yang lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal (kuda+keldai), binatang berwarna putih, bergerak sepantas kilat



0 komentar:

Posting Komentar

◄ New Post Old Post ►
 

Copyright 2012 Liputan Sejarah Indonesia: Israk Mikraj lagi... Template by Bamz | Publish on Bamz Templates