Jumat, 02 Mei 2008

Perang-perang Yang Cukup Tersohor

Saya memang suka membaca kisah-kisah perang yang berlaku dalam sejarah Islam. Cuba anda sebutkan perang yang cukup terkenal dalam Islam. Pernah mendengar Perang Zat al-Sawari, Perang Hittin atau Ain Jalut? Kenapa, kurang minat dengan sejarah Islam ya...
Seperti yang pernah kita bahaskan dulu, setiap zaman atau kerajaan Islam telah menghadapi musuh yang berbeza-beza. Apabila kita membaca zaman Khulafa' al-Rasyidun maka nama perang yang cukup terkenal ialah Perang Yarmuk di mana tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid telah berjaya mengalahkan Rom Byzantine. Begitu juga Perang al-Qadisiyyah di mana tentera Islam pimpinan Sa'd b. Abi Waqqas berjaya mengalahkan Parsi Banu Sassan. Di bahagian perairan pula, armada laut Islam berjaya mengalahkan armada Rom di medan Zat al-Sawari di Laut Mediterranean. Seterusnya mereka berjaya membuka pulau Cyprus, pulau Arwad dan pulau Rhodes yang menjadi kilang membuat senjata Rom.
Pada zaman Abbasiyah, Salahuddin al-Ayubi berjaya mengalahakan kekuatan tentera salib (Crushades) dalam perang Hittin dan membebaskan Baitul Maqdis selepas lebih 90 tahun ia jatuh ke tangan musuh. Begitu juga, Sultan Muzaffar Qutuz telah memimpin tentera Islam itu mengalahkan Mongol dalam perang Ain Jalut selepas mereka menjatuhkan Baghdad tahun 656H/1258M dan cuba untuk mara ke Syam dan Mesir kerana sebelum ini tiada kekuatan Islam yang mampu menghalang kemaraan Mongol pimpinan Hulagu Khan ini.
Adapun pada zaman al-Mamalik, Sultan Banu Uthman iaitu seorang anak muda yang bernama Sultan Muhammad al-Fatih telah memimpin tentera Islam untuk membuka kota Rom Timur iaitu Constantinople (Istanbul) pada tahun 857H. Hebatnya umat Islam...

0 komentar:

Posting Komentar

◄ New Post Old Post ►