Rabu, 29 Desember 2010

Habuan besar dari sebuah keikhlasan

Pada tahun ke 7 hijarah telah berlaku Perang Khaybar antara umat Islam dan Yahudi. Seorang hamba berkulit hitam berbangsa habsyi dari penduduk Khaybar sedang memelihara kambing tuannya seorang Yahudi. Tatkala beliau melihat penduduk Khaybar bersiap sedia untuk mengangkat senjata dia pun bertanya;
“Apa kamu semua hendak buat?”
Mereka pun menjawab;
“Kami hendak berperang dengan orang yang mengaku dia nabi” Maka terdetik di hatinya tentang nabi. Lalu dia pun meninggalkan kambingnya untuk bertemu Rasulullah saw.
Beliau lantas bertanya;
“Apakah yang kamu katakana? Apa perkara yang kamu seru?”
Rasulullah saw pun menjawab;
“Saya mengajak kepada Islam. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya saya adalah utusan Allah. Dan kita tidak menyembah kecuali Allah”
Lelaki itu kemudian berkata;
“Apa saya akan dapat jika saya bersaksi dan beriman kepada Allah Azza wa jalla”
Rasulullah saw menjawab;
“Kamu akan dapat Syurga jika kamu mati kerana demikian” Lalu dia pun masuk Islam.
Kemudian tuannya yahudi mendapat tahu bahawa hambanya telah memeluk Islam.
Kemudian berlaku pertempuran di Khaybar antara umat Islam dengan Yahudi. Khaybar adalah pusat utama bangsa Yahudi di Semenanjung Arab.
Kedua-dua pihak pun bertempur. Antara yang terkorban ialah lelaki hamba yang baru memeluk Islam tadi. Tentera Islam mengusung mayatnya ke kem mereka. Usai melihat mayatnya Rasulullah saw pun bertemu dengan para sahabatnya lalu berkata;
“Sesungguhnya Allah telah memuliakan hamba ini dan melorongkannya kepada kebaikan. Saya melihat 2 bidadari di bahagian kepalanya sedangkan dia tidak pernah sekali pun solat untuk sujud kepada Allah”

0 komentar:

Posting Komentar

◄ New Post Old Post ►