Minggu, 11 April 2010

Memahami wilayah utara...

Sepanjang 2 minggu ini saya tidur dengan Atlas. Sasaran saya ialah kawasan yang selalu disebut dengan Bilad Ma Wara’ al-Nahar (Negara di sebalik sungai).
Lalu saya teroka 2 atlas, atlas yang mengandungi peta-peta lama dan atlas moden. Untuk saya gabungkan. Kerana nama-nama ini ada yang berubah.
Kalau anda perasan surat khabar minggu ini banyak juga menyebut wilayah yang sedang saya kaji ini. Antara isu air Laut Aral yang surut. Isu pengebom berani mati yang meletupkan diri di Moscow berasal dari wilayah Caucasus utara dan kemelut politik di Kyrgyzstan. Sekurang-kurangnya memahami kedudukan wilayah-wilayah tersebut lebih memberi saya faham akan setiap isu tersebut.
Rupa-rupanya Ma Wara’ al-Nahar bermaksud Negara-negara di balik Sungai Sihun atau hari ini disebut Sungai Amodarya.
Ia merupakan kawasan di selatan Laut Aral (Kadang-kadang disebut Laut Khawarizm). Jika kita melihat peta hari ini ia merujuk Negara Uzbekistan, Kirghizia, Tajikistan dan Turkeministan. Negara-negara ini dahulu duduk di bawah kesatuan Soviet.
Pada saya, untuk kita memahami Negara-negara di bahagian utara Asia ini perlu kita mengetahui akan 3 laut utamanya. Iaitu Laut Aral (Khawarizm), Laut Kaspia (Laut Qazwin atau al-Khazar) dan Laut Hitam.
Wilayah Ma Wara’ al-Nahar yang mengandungi Bukhara, Samarqand, Thaskend dan lain-lain wilayah yang sering disebut dalam buku sejarah lama.
Manakala antara Laut Kaspia dan Laut Hitam terletak pergunungan Caucasus (dalam buku sejarah lama disebut al-Quqaz). Di selatan Caucasus hari adalah Negara Georgia, Azerbaijan dan Armenia.

Sabtu, 27 Maret 2010

Terima Kasih Yang Telah Membeli dan Membaca buku BERANI BERUBAH


al-Hamdulillah buku BERANI BERUBAH telah keluar di pasaran tepat pada waktunya. Hari pertama pesta buku.
Tentunya orang pertama membeli dan membacanya setahu saya ialah Haji Aki dari Johor Bahru.
Adapun di sekolah saya, orang pertama mendapatkannya adalah cikgu Jefri. Setakat seminggu ini saya telah difahamkan telah ramai yang dah khatam buku ini.
Termasuk Ustaz Azrul Hisham Baharan, Ustazah Siti Rohani Masropi, Haji Aki dan ramai lagi.
Menurut salah seorang pembaca yang menegur saya, buku ini mempunyai kelaianan tersendiri dari olahan isinya walaupun hanya bercerita tentang hijrah rasululllah saw.
Ya, memang antara cadangan asal tajuk buku ini adalah HIJRAHKU.
Juga komen lain menyebut banyak tokoh yang disebut adalah tokoh yang jarang ditulis akan ceritanya. "Tokoh yang ustaz sebut, tak pernahlah saya dengar" komen seorang pembaca pada saya melalui SMSnya.
Terima kasih yang sudah membaca dan memberi komen ikhlas pada saya.





Tak cukup pergi sekali, saya pun pergi kali kedua ke pesta buku 2010 di PWTC. Kali ini, membawa anak-anak ibu bapa pelajar-pelajar saya.
Dari Klang kami bertolak jam 8.00 pagi dan sanpai ke PWTC jam 9.15. Selepas itu kami terjah semua booth sehingga jam 1.30 tgh.
Usai solat zohor, kami bertolak balik ke Klang dan jam 3.30 kami pun sampai ke sekolah kami.
Perjalanan kedua ini saya sempat bertemu dengan saudara Amin Inteam dan Syafiq, editor PTS.
Dan juga saya bertemua novelis KarnaDya Aina Emir dan penulis cerita seram Karnadya Resmanshah.
Juga orang kuat Karnadya Solution iaitu Uncle Arif.

Apa makna Babil?

Sebenarnya nama-nama yang kita temui sebenarnya ada makna yang tertentu. Bukan saje-saje diletak nama tanpa sebarang alasan.

al-Kisahnya saya selalu terjumpa nama Babil di Iraq tetapi tidak pernah pula tertanya apa sebenarnya maknanya?

Sehinggalah malam tadi ketika saya membaca perkataan tersebut, barulah saya terserempak maknanya.

Babil ialah gabungan 2 perkataan bab (pintu) dan ilah (tuhan). Babil ialah bab al-Ilah yang bermakna pintu tuhan.

Di Pesta Buku KL 2010 bersama keluarga






Kali ini saya membawa anak-anak isteri saya dan ibu anak-anak saya ke pesta buku. Semua dapat bajet RM 20. "Okey semua! Sekarang terjah buku apa yang anak-anak suka, asalkan ada manfaatnya"
Saya sebagai mentor membaca mereka tegas memberi arahan. Memberi kebebasan tetapi tidak mutlak. Mudah-mudahan mereka seronok...

Selasa, 23 Maret 2010

PESTA BUKU KL 2010

Hari Jumaat lepas bersama hari pertama pesta buku Kuala Lumpur 2010, saya masih berada di Kangar Perlis lagi.

Saya ingat buku terbaru saya BERANI BERUBAH tidak keluar lagi. Tiba-tiba saya dapat SMS dari seseorang yang beri ucapan tahniah pasal buku terbaru saya BERANI BERUBAH.

Saya pun membalas "Betul ke tuan buku saya dah ada di pesta buku..."

Dia jawab ".... saya dah baca separuh dah ustaz..."

Tak tidur lena saya. Apa pun orang komen, sebagai penulis saya memang tertunggu setiap kali buku yang saya tulis dapat saya pegang.

Pada hari Ahad 20hb, saya pun pergi ke pesta buku. Bersama keluarga saya. Memang mereka pulun beli buku tapi saya sendiri nak cari buku saya dulu.

Saya pun terjah gerai Karnadya. al-Hamdulillah dapat juga tercapai hajat saya. Memang dah keluar betul.

Sempatlah juga saya bertemu Kak Aina Emir dan suami, uncle Arif, Irfan, Faiz, Zaki, Ana, Athilah dan semua orang kuat Karnadya. Semoga succes semua.

Saya pun balik selepas itu. Bersama 15 naskhah BERANI BERUBAH. Esoknya tanya kawan-kawan di sekolah saya yang berminat.

Setakat habislah naskhah tersebut. Khamis ni saya akan ke PWTC lagi. Cadang nak bawa balik 30 buah. Larat ke?

Terima kasih yang menyokong karya saya dan sudi memberi komen membina...

Siapa yang mirip muka dengan nabi saw.

Saya sedang khusyuk membaca buku-buku tentang ahli keluarga nabi saw. Maka sewaktu membaca helaian demi helaian saya akan ambil berat tentang info baru. Maka bertemulah saya dengan info ini lalu saya tuliskan untuk dikongsikan dengan pembaca blog saya.

Ada 6 orang yang dikatakan memiliki wajah mirip seperti nabi saw iaitu;

1. Jaafar bin Abi Talib
2. Hasan bin Ali
3. Qutham bin Abbas
4. Abu Sufyan bin al-Harith
5. al-Sa’ib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Nawfal bin Hasyim bin al-Muttalib
6. Abdullah bin Jaafar
◄ New Post Old Post ►
 

Copyright 2012 Liputan Sejarah Indonesia Template by Bamz | Publish on Bamz Templates