Lalu saya teroka 2 atlas, atlas yang mengandungi peta-peta lama dan atlas moden. Untuk saya gabungkan. Kerana nama-nama ini ada yang berubah.
Kalau anda perasan surat khabar minggu ini banyak juga menyebut wilayah yang sedang saya kaji ini. Antara isu air Laut Aral yang surut. Isu pengebom berani mati yang meletupkan diri di Moscow berasal dari wilayah Caucasus utara dan kemelut politik di Kyrgyzstan. Sekurang-kurangnya memahami kedudukan wilayah-wilayah tersebut lebih memberi saya faham akan setiap isu tersebut.
Rupa-rupanya Ma Wara’ al-Nahar bermaksud Negara-negara di balik Sungai Sihun atau hari ini disebut Sungai Amodarya.
Ia merupakan kawasan di selatan Laut Aral (Kadang-kadang disebut Laut Khawarizm). Jika kita melihat peta hari ini ia merujuk Negara Uzbekistan, Kirghizia, Tajikistan dan Turkeministan. Negara-negara ini dahulu duduk di bawah kesatuan Soviet.
Pada saya, untuk kita memahami Negara-negara di bahagian utara Asia ini perlu kita mengetahui akan 3 laut utamanya. Iaitu Laut Aral (Khawarizm), Laut Kaspia (Laut Qazwin atau al-Khazar) dan Laut Hitam.
Wilayah Ma Wara’ al-Nahar yang mengandungi Bukhara, Samarqand, Thaskend dan lain-lain wilayah yang sering disebut dalam buku sejarah lama.
Manakala antara Laut Kaspia dan Laut Hitam terletak pergunungan Caucasus (dalam buku sejarah lama disebut al-Quqaz). Di selatan Caucasus hari adalah Negara Georgia, Azerbaijan dan Armenia.
0 komentar:
Posting Komentar