Akhirnya saya pun ambil keputusan buat sedikit penerangan tentang beberapa isu berkaitan korban.
1. Siapa yang layak korban
Yang paling tepat korban ialah untuk orang yang Islam, baligh, berakal dan mampu.
Sebab itu sepatutnya korban bukan untuk diniatkan pada arwah yang telah meninggal dunia atau anak kecil yang belum baligh.
2. Jantan = betina
Ramai orang faham bahwa binatang korban mesti jantan. Sebab itulah harga pasaran jantan lebih mahal. Ertinya kalau kita beli betina mesti lebih murah dari jantan.
Dalam erti kata lain kalau kita ada RM2000 untuk beli binatang korban, kita beli betina dapat saiz yang lebih besar dari jantan.
Jadi tahun ini kerana saya yang urus pembeliannya maka saya tempah yang semua betina supaya dapat lebih besar.
Mereka setuju sebab saya sudah terang perkara yang sebenar.
3. Upah korban
Haram ambil upah untuk korban dari bahagian binatang walaupun kulitnya. Untuk membayar upah kepada ‘penyembelih’ sebagai contoh perlu dari duit lain.
Sebab itu biasa kita lebihkan sedikit harga untuk urusan pengurusan. Sebagai contoh sepatut RM300 tetapi kita letak RM320 satu bahagian. Perkara ini saya terang pada peserta korban.
4. Pembahagian daging
Tuan korban boleh ambil sedikit dan yang baki hendaklah disedekahkan. Yang tercatat dari hadis 1/3 untuk tuan korban, 1/3 untuk fakir miskin dan 1/3 untuk kawan, orang kaya dll.
Bagi orang miskin, dia boleh jual daging yang dia dapat sebab ‘hak tamlik’ tetapi bagi si kaya tidak boleh dia jual daging yang dia dapat.
Adapun orang kafir haram makan daging korban sebab ia ibadat.
Namun, perbahasan yang mungkin lebih panjang. Tetapi nak kongsi ilmu dengan orang awam kadang-kadang perlu sikit-sikit.
0 komentar:
Posting Komentar