Tampilkan postingan dengan label Sejarah Aku Sendiri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sejarah Aku Sendiri. Tampilkan semua postingan

Senin, 29 September 2008

Hari Raya di Jordan...


Assalamualikum semua. Selamat hari raya Aidilfitri. Apabila tiba sahaja hari raya, saya terkenang ketika berhari raya di perantauan. Antara tahun 1994-1995, saya bersama 100 pelajar tajaan KPM telah ditempatkan di al-Albyt University, Jordan. Kami adalah generasi pertama pelajar Malaysia di Universiti tersebut. Bayangkanlah...kali pertama berjauhan dengan keluarga, tanpa abang2 senior.
al-Kisahnya nak telefon emak dan abah pun terpaksa beratur panjang. Maklumlah ketika itu belum lagi ada handphone.
Kami masaklah apa yang patut kemudian pergi jalan2 rumah kawan2. Yang paling meriah setiap kali raya, kita buat program hari raya bersama seluruh pelajar Malaysia. Adalah program pentomen dan nasyid. Penasyid yang popular zaman saya di Jordan tentulah Hazrizal Jamil dan Bambang Irwan.
Yang tak tahan bila hari raya itu jatuh pada musim sejuk. Amboi...sejuk sungguh nak berjalan raya.
Kini sudah 8 tahun situasi ini berlalu, namun ia tetap dalam kenangan dan lipatan sejarah hidup.

Selasa, 16 September 2008

Kita dan sejarah kita

Saban hari saya membaca surat khabar dan melihat gambar2 pelajar2 malaysia yang kini sedang belajar di luar negara. Tiba2 ia mengingatkan saya akan kenangan tersebut. Kenangan di perantauan...
Kepada adik2 yg kini mungkin kali pertama atau masih di perantauan, janganlah bersedih kerana resam orang menuntut ilmu mestilah bermusafir jauh. Dan yang paling penting, sedikit kesedihan hari ini khasnya di ambang hari raya akan menjadi kemanisan pengalaman yang cukup bernilai.
Buat teman2 yang sama-sama kita membina Ukhuwwah selama 4 tahun lebih dari 1994 sehingga tahun 1999, bumi Mafraq adalah saksi sejarah tersebut. Sejarah adalah fakta yang tidak akan berubah...

Kita punyai sejarah sendiri dalam hidup...

Assalamualaikum Apit, Deris, Kasy, Bakri, Pendi, Yoman, Pak Syeikh, Mamud, Yusni, Mazlee, Man Pin, Helmi dan ramai lagi ketika kita sama2 melakar sejarah bersama...


MASIHKAH KAU INGAT ?
Tanggal 31 Ogos setiap tahun biasanya disambut meriah dengan nostalgia laungan kemerdekaan bergema disetiap penjuru stadium bersejarah penuh keramat iaitu stadium merdeka saban tahun kita ingati. Saat itulah meresap satu keazaman dikalbu dengan penuh rasa kasih dan perasaan patriotisme cintakan Negara membalut hati ini saban tahun.Dan tersemat azam kita … sanggup berkorban apa saja untuk menjadi anak bangsa yang berjasa dan berbudi pada agama dan bangsanya satu hari nanti.
Ya, pasti itulah azam yang tersemat di dada kita anak-anak hingusan versi merdeka ditahun 1994 dulu merangkak keluar mencari identiti dan cabaran buat diri dan keintelektualan.
Namun , masihkah kita ingat …. tarikh keramat inilah kita pernah bersama berangkat meninggalkan Negara , menuju mercu ilmu menggapai harapan menjadi anak merdeka yang bebas dan merdeka dari konkongan kejahilan.. kitalah yang menaiki kapal terbang Royal Jordanian buat kali pertama dalam hidup ini dengan penerbangan sepanjang 9 jam perjalanan. Terasa gayat, takut, sedih, gembira, bersemangat dan bimbang bercampur baur dalam hati nurani. Bagaimanakah kunjungan ilmu kita dibumi syam nanti akan diberkati dan dibuahi ranumnya ilmu dan kesarjanaan. Ya.. perjalanan yang amat memenatkan ,namun dengan ditemani rakan seperjuangan bersama 200 pelajar tajaan KPM dan Yayasan pahang menghilangkan bosan permusafiran.
Masihkah kau ingat ……. Dalam panjang khayalan mengiringi perjalanan ini, terimbas seketika pengalaman manis di IKIP yang tidak terlupakan. Disinilah kita dikumpulkan dari pelbagai jalur pengajian,sempadan geografi dan budaya disatukan dibawah bumbung KIBA kursus intensif bahasa arab untuk persediaan ke timur tengah sana.Dengan konsep dan budaya baru , pembelajaran disini amat meninggalkan kesan, …… masihkah kita ingat pada ust razak yang amat steady dengan songkok tingginya mendendangkan huraian bait syair dan puisi arab dengan cukup puitis dan indah, sampai kini ana masih terbayangkan suaranya yang lunak merdu dengan kefasihan kalam arabnya yang tidak terkalahkan. Tidakkah begitu ??
Masihkah kau ingat ? … Tibanya saat kaki kita menginjak bumi bertuah itu..kita disambut mesra rentak paluan kompang dan harmonisnya melodi “tetamu dataran syam”dari usrah al firdaus dan akhi hasrizal yang kini sudah popular dengan Blog Saifulislamnya. Lirik dan tempo yang tenang dan menusuk hati kita seolah ucapan salam pertama dari para senior yang sudah berkelana lebih awal semoga kita tabah dan sedar misi ilmu yang dicari dan tidakkan hanyut dengan ulitan wang biaiswa dan kebebasan dari konkongan keluarga.
Masihkah kau ingat …. Saat awal termamai-mamai mencari arah kita disapa untuk menumpang dipermukiman ilmu di Suwaileh, dengan mercu tanda masjid abd rahman bin auf sebagai pusat penjanaan minda dan juga tarbiah khususnya dari antara ulamak tersohor Jordan Dr.. Solah abdel Fattah (antara bukunya ialah maĆ” qisasis sabiqin dan diterjemahkan kedalam versi melayunya oleh zayuki mohammed – Zayuki alil bayt ke tu, entah dimana sudah dia berkelana sekarang ? ) dan Dr. Hammam Said dan sebagainya. .. Saat inilah hati sudah seakan jatuh cinta untuk bertamu di perbukitan gabungan ilmu dan tarbiah ini, apatah lagi mesej awal dengan barisan dan gunungan kitab marajik dan masadir para senior menggamit idea kemanakah wang biasiswa nanti patut kita laburkan?? Bukankah begitu…,___
Masihkah kau ingat ?? Sarapan pertama…kita disuakan dengan kehangatan falafel goreng dan hummus panas untuk dicicah dengan khubuz kering yang akan menjadi antara menu utama diet pemakanan kita disini.Bayangkan juga .. dari situlah kita dipaksa menelan dan menghabiskan buah zaitun jeruk yang kelat dan laban masam yang cukup meloyakan dan memeritkan tekak kita buat kali pertama… terasa ianya tersekat di kerongkong dan tersesat tak terjumpa jalan ke usus kita tempohari….terbayang juga, bagaimanalah hari-hari yang mendatang nanti dengan hanya mengadap khubuz kering tanpa nasi beraneka rasa nanti, akan kurus dan terbantutlah kita nanti..tak kurang juga yang seperti ana mungkin terfikir, takkan ku jamah lagi menatang laban dan biji zaitun ni.. tapi percayalah sekarang , itulah rupanya juadah yang amat kita rindui sekarang. Begitu juga …sanniora, syawarma, maqlubah, samak bila ra’s dan ayam mashwi……..
Masihkah kau ingat…. Tatkala hati sudah tercinta pada bumi suwaileh nan tenang dan dibimbingi oleh abang senior penuh dedikasi tanpa mujamalah, tiba2 kita akhirnya akur menerima berita bahawa ini bukanlah tapak rumah permukiman kita.. kita rupanya anak dagang ke bumi bertuah yang entah dimana letaknya… Mafraq dikatakan hampir 90km jaraknya dari bumi amman ini. Dengan desas-desus benci dan tidak mau akhirnya takdir tuhan menyatakan kita harus bersama berkampung disana, hari bertuah itu tiba juga dengan beberapa buah bas mengangkut anak dagang ini bertamu dibumi gersang lagi badwi ini, kita sampai ketika usia hari sudah menginjak ke senja, sempat juga pandangan sekitar kita lontarkan dengan bayangan tersergamnya universiti elit dan eksklusif yang kita pernah bayangkan namun ianya tidak kelihatan, yang ada hanyalah bayangan berbalam-balam bangunan berkotak-kotak diselang seli dengan anak-anak kecil pohon zaitun yang baru belajar merangkak pucuknya ditanam seolah menggamit kedatangan kita dengan salam senyumnya… alahai, terseksanya batin dengan tandatanya.. mampukah kita gadaikan masa 5 tahun dibumi kontang ini ? Mungkinkah kita akan terbazir masa disini ya…?

Apit...izinkan ana kongsikan artikel indah anta untuk kita mengenang sejarah kita...Salam kenangan buat teman2 seperjuangan...

Senin, 08 September 2008

YPLH Diharamkan!!!!!

Tiba-tiba seorang kenalan memberi tahu saya "ust! buku ust diharamkan..." Terkejut saya sebab apa dia kata begitu. Saya pun terpinga2 tidak tahu hujung pangkal. Apasal, kenapa, bila diharamkan. Saya sendiri pun tak tahu.
Rupa2nya bila saya cari maklumat diinternet saya dapati ada sebuah buku yang diharamkan tetapi bukan buku saya ini, cuma tajuknya sahaja sama.
Buku saya ini cuma buku muhasabah. Jom muhasabah diri...Banyak orang tulis buku perancangan itu dan ini tapi jarang yang menulis perihal buku muhasabah diri. So, saya sekadar mengisi sedikit kekosongan tersebut. Bukankah merancang dan memusabah itu sama penting. Antara topik2 yang cuba saya bawakan dalam buku ini ialah...

Bab 1 : Kita Selalu Buat Untuk Kita Tetapi Allah Buat Bukan Untuk Dia

Bab 2 : Ada Tetapi Tidak Berfungsi.

Bab 3 : Sekabur-kabur Tulisan Lebih Baik Daripada Seterang-Terang Percakapan

Bab 4 : Takut Nama Munkar dan Nakir!

Bab 5 : Menjaga Penyakit Kronik Badan Tetapi Membiar Penyakit Kronik Hati.

Bab 6 : Makanan Jasad VS Makanan Roh

Bab 7 : Bab 26 : Hendak RM 1 Atau RM 27?

Bab 8 : Hidup Bukan Hanya Merancang Tetapi Perlu Memuhasabah.

Bab 9 : Hendak Memberi Tetapi Tidak Ada Apa

Bab 10 : Hidup Bukan Macam Main Bola ‘rebut…sepak…rebut’

Bab 11: Ular Cuma Ada Sifat Ular, Buaya Pun Cuma Ada Sifat Buaya Tetapi Manusia Ada Sifat Manusia, Ular Dan Buaya

Bab 12 : Makan Gulai Dan Sambal Petai

Bab 13 : Di Depan Tetapi Bukan Menjadi Imam

Bab 14 : Biar Kepala Tertutup Asalkan Minda Terbuka.

Bab 15 : Miskin, Susah, Yatim Tetapi Luar Biasa.

Bab 16 : Kiamat Sebelum Kiamat…Neraka Sebelum Neraka.

Bab 17 : Yang Boleh Dibeli Dan Yang Tidak.

Bab 18 : Tahu Tetapi Tidak Mahu.

Bab 19 : Pandai Membaca Tetapi Tidak Faham Bahasa.

Bab 20 : Zaman Moden Tetapi Pakaian Ke Alam Tarzan.

Bab 21 : Di Ketuk Tetapi Tidak Terasa.

Bab 22 : Dunia Semakin Pantas Tetapi Mengeluh Tidak Ada Masa.

Bab 23 : Membersih Udara Tetapi Mencemar Jiwa.

Bab 24 : Minat Tapi Tidak Buat.

Bab 25 : Sibuk Mengejar Yang Pasti Ditinggal Tetapi Lupa Yang Pasti Dibawa.

Bab 26 : Sibuk Hendak Menziarah Bulan Tetapi Lupa Pasal Jiran.

Bab 27 : Rumah Besar Tetapi Tidak Bahagia.

Dan banyak lagi, cubalah...mudah-mudahan kita dapat sesuatu nanti...

Kamis, 28 Agustus 2008

Rihlat 23 Jam...

Al-hamdulillah jam 5.30 pg tadi, Jumaat 29 hb saya selamat sampai ke rumah saya di Kelang selepas rihlat sejauh 800km selama 23 jam.
al-Kisahnya, saya mendapat jemputan mengadakan diskusi buku saya 'I Love Ramadhan' di SM Teknik Johor Bahru di hadapan guru2 P.Islam sekolah rendah dan menengah daerah JB jam 2.30-4.00 ptg Khamis 28 hb.
Maka slp solat subuh dan mengambil sedikit juadah maka saya pun mula bergerak jam 6.30 pg 28hb menuju ke JB, ditemani seorang rakan. Jam 9.00pg kami berhenti untuk sarapan pagi di R&R Air Keroh Melaka selama 1/2 jam. Slp itu saya bergerak dan singgah di Air Hitam Johor jam 10.30 pg kerana hajat seorang sahabat yang inginkan buku saya ILR. Tepat jam 11 kami terus bergerak dan tiba di JB jam 12.15 tgh. Saya dan rakan saya singgah di masjid Institut Perguruan Temenggong Ibrahim untuk berhenti rehat, membersihkan tubuh dan menunaikan solat jama' taqdim zohor-asar.
Selepas itu saya segera ke tempat tujuan kedatangan saya ke JB. Tepat jam 2.45, saya mula menyampaikan presentation saya bersama 18 slide powerpoint saya dihadapan rakan2 guru daerah JB sehingga jam 4.00 ptg.
Syukran kepada rakan2 yg sudi bersama dengan saya, untuk kita 'sharing' buku ILR sebagai satu alternatif untuk kita berdakwah dengan mad'u2 kita khasnya anak2 didik kita di sekolah. Tahniah kawan2 di JB.
Jam 5.45 ptg saya terus bergerak ke TNB Pasir Gudang untuk menyampaikan ceramah bulan Ramadhan selepas solat Maghrib. Terima kasih TNB PG yang menjamu nasi beriani dan daging kambing. Sedap sekali.
Jam 11 mlm saya mula bergerak balik ke Klang. Selepas melalui 7 perhentian, akhirnya saya sampai ke rumah jam 5.30 pg tadi.
Penatnya sungguh terasa. Itu baru berjalan 800km, baru 23 jam, berkenderaan yg berhawa dingin. Jalan raya (highway) yg baik.
Bayangkanlah bagaimana Ibn Jubayr belayar selama 3 1/2 tahun, dari Andalus ke Tanjah ke Pulau Kriti ke Mesir ke Arab Saudi ke Iraq ke Syam dan kembali semula ke Andalus melalui Laut Mediterranean.
Bagaimana pula Ibn Battutah yang mengembara selama 29 tahun sehingga sampai ke India, Rom, Afrika, Pulau Jawa dan Negara China.
Kepada rakan yg memanfaatkan ILR, doakanlah keberkatannya untuk saya dan anak2 serta keluarga saya dan kita semua.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

Minggu, 24 Agustus 2008

Apa bestnya buku I Love Ramadhan...

Assalamualaikum semua. Pertama-tamanya al-Hamdulillah atas sambutan buku ILR ini. Dengan cerita, buku ini dah sampai ke bumi Rusia (orang pos kat kawan @ ex-student). Saya begitu seronok jika buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih atas sokongan anda semua. Walaupun saya tak nafi ada juga kawan kita yg belek2 tp kemudian dia tak jadi nak ambil. Saya anggap ILR sebagai satu alternatif bacaan untuk kita seisi keluarga menghadapi kehangatan Ramadhan al-Mubarak.
InsyaAllah kalau tiada aral, pada hari Khamis ini 28hb saya akan berdiskusi ILR dengan kawan2 di Johor Bahru.
Namun, masih ada yang bertanya "apa bestnya buku ini?". Saya tak dapat nak jawablah soalan ini sebab saya penulisnya. Cubalah bertanya orang yang sudah membacanya. Lagipun semua orang ada persepsi, kecenderungan dan bias masing2.
Apa2 pun, buku ini menceritakan 66 isu (bab) yang mengandungi elemen agama dan motivasi dengan gaya olahan kecindan.
Suka saya bawakan di sini satu bab daripada bab2 yang banyak itu. Selebihnya, dapatkanlah yang original.

Puasa Atau Puas-puas?

Apa perbezaan antara puasa dan puas? Tentulah besar perbezaan antara puasa dan puas atau puas-puas? Berbeza dari segi ejaan, bunyi sebutan dan maknanya.

Puasa Ramadhan ini datang sekali-sekala. Sepanjang Ramadhan kita ingin merasa juadah berbuka yang terenak. Maklumlah sudah 12 jam kita berlapar dan berdahaga. Puas saya jika dapat makan seekor ayam golek, 2 ekor ikan keli bakar dan… Puas saya kalau dapat minum…

Hari Raya Aidilfitri pun begitu juga. Kita semua sudah arif dan maklum. Namun, kita amat risau jika kerana ia sekali-sekala maka kita pun tersasar dalam meraikannya. Kita terlupa, terleka dan terikut-ikut sama. Apabila sudah sekali-sekala maka kita pun beranggapan ia perlu disambut dengan semeriahnya. Kita selalu kata “Apalah salahnya…”, iakan setahun sekali. Apalah salahnya, itulah yang salah jika menyebabkab kita membazir, lupa daratan, ingin berlawan-lawan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Sofa yang lama perlu diganti dengan yang baru. Langsir dan cadar katil pun turut sama perlu ditukar ganti dengan warna dan corak yang lebih sesuai dan terkini. Semua mestilah baru sebab hari raya nanti, rumah kita akan dikunjungi orang ramai dan saudara mara. Malulah kita jika masih menggunakan benda-benda yang lama.

Bukan sekadar perhiasan di dalam rumah yang perlukan perhatian tetapi yang di luar pun juga jangan terlepas pandang. Sudah 12 bulan cat rumah tidak bertukar ganti. Kalau dahulu sudah 12 bulan berwarnakan biru muda, maka tahun ini mata kita jatuh cinta pula pada warna hijau muda dan coklat pula. Tentulah nafsu kita berbisik-bisik di telinga “Takkanlah perabut di dalam rumah cantik berseri tetapi di luar rumah tidak berganti”

Baju raya perlu juga yang baru, daripada jenis kain terkini, ditempah mengikut fesyen terbaru. Mungkin tidak cukup sepasang tetapi perlu kepada berpasang-pasang kerana kita telah berpuasa sebulan lamanya. Puasa sebulan, maka hari rayanya juga perlulah diraikan sebulan lamanya. Kalau sudah menyambut hari raya 30 hari, mestilah perlu disediakan pakaian yang berpasang-pasang. Tidaklah canggung dibuatnya jika asyik memakai pakaian yang sama setiap hari.

Kuih-kuih muih beraneka jenis dan rasa juga perlu diambil kira kerana kita bakal meraikan tetamu yang akan datang mengunjung daripada saudara mara dan sahabat handai yang datang sekali sekala. Maka kita perlulah meraikan mereka dengan juadah yang paling enak, lazat dan sempurna. Supaya yang datang nanti akan puas apabila mengunjung ke rumah kita dan kita pun puas kerana melayan mereka dengan sebaik-baiknya.

Kita tentu seronok dan puas jika impian kita dapat kita tunaikan. “Emmmm, puas saya”. Apa yang puasnya bang, kakak, pakcik, makcik, adik? Pada 1 Syawal ini, rumah kita cukup berseri. Pakaian seluruh ahli keluarga kita telah kita sediakan. Puas dan puas. Puas kerana semuanya baru, mewah, berjenama, terkini, pelbagai dan terbaru.

Namun, inikah yang kita inginkan daripada Ramadhan yang kita lalui sepanjang 30 hari ini? Beginikah yang ingin dipersembahkan kepada Tuhan? Kita ingin berpuasa atau berpuas-puas pada yang sia-sia. Benarkah ini yang dituntut oleh agama? Adakah sepanjang bulan Ramadhan ini kita diminta berlumba-lumba untuk mengumpul pahala atau berlumba-lumba menjadi loba?

Perlu dan mestikah kita sambut hari raya dengan mewah, baru, berpasang-pasang, berjenama dan berpuas-puas. Apakah kita fikir anak jiran sebelah rumah kita akan dapat apa yang dia akan lihat pada kita. Alangkah sedihnya dia jika melihat kita berbaju baru sedangkan dia di pagi ini sedih dan pilu mengenangkan nasibnya yang yatim piatu, yang tiada ini dan itu

Fikir-fikirkan…

Kalau ada rasa buku ini okey, uar-uarkan pada yang lain tp kalau tidak, jangan lupa emelkan cadangan anda itu pada saya. Mudah-mudahan kita berusaha menjadi yang lebih baik daripada semalam...



Minggu, 17 Agustus 2008

Melakar Sejarah...


Kita selalu melihat sejarah yang terlakar sahaja. Sebagai contoh. Ya...kita membaca Bagaimana Musa b. Nusayr bersama pembantunya Tariq b. Ziyad berjaya membuka Semenanjung Iberia (Andalus) dalam tempoh 3 1/2 tahun sahaja. Itu yang telah terlakar di kemuncak. Namun, Kita kaji tak susah payah Musa sebelum itu? Bagimana beliau meneruskan pembukaan Afrika yg tlh memakan masa 60 tahun utk dibuka? Bagimana beliau terpaksa membuka pulau2 di timur Andalus iaitu Kepulauan Balearic dengan menghantar anaknya sendiri utk memimpin ekspedisi tersebut? Bimbang pihak musuh ketika itu (Byzantine) kalau2 melakukan serangan hendap melalui jln laut kerana pusat armada laut musuh ketika itu adalah di Pulau Sicily. Bila2 masa, musuh boleh melancarkan serangan ke atas tentera Islam dari Pulau Sicily ke Andalus melalui Kepulauan Balearic tadi.
Ingat! jangan kita hanya baca yang kemuncak semata2 tp bacalah susah payah, perit jerih yg mereka nak capai sebelum melakar sejarah.
al-Hamdulillah, SPOK akan diulang cetak kali ke-2. Al-hamdulillah dan al-Hamdulillah. Kawan2 yg dpt mencium bau berita baik ini, segera menyapa saya. Wow! bestlah camtu...Syukran semua atas sokongan anda atas buku SPOK.
Kita selalu melihat sejarah yg terlakar. Tp ada yg tidak membaca bgmn liku2 utk lelakar sejarah itu. Jangan kita hanya seronok membaca episod yg di kemuncak ttp sesekali bacalah liku2 semasa mereka hendak mendaki, pahit maung, susah payah sebelum kita nak sampai ke atas sana...Ada di antara karya saya yg ambil masa bertahun untuk terbit. Sampai kadang2 kita rasa putus asa.
Kawan2 yg berasa minat utk berjaya, saya nak muhasabah diri saya. Sebelum kita dpt meluncur laju dengan gear 4 dan 5 kita, kita pernah melalui tersengguk2 di gear satu dahulu. Bahkan kita pernah terundur seketika di gear undur sebelum kita dapat mulakan gear satu kita.
Fikirkan tp jangan sampai berkerut dahi...
Old Post ►
 

Copyright 2012 Liputan Sejarah Indonesia: Sejarah Aku Sendiri Template by Bamz | Publish on Bamz Templates