Tampilkan postingan dengan label Samseng Mekah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Samseng Mekah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 23 Mei 2009

Si Abu Lahab

Abu Lahab inilah yang merupakan Pak Saudara Nabi SAW, bukan si Abu Jahal tu.
Nama sebenar dia ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Merupakan keroni Abu Jahal berpakat buat aniaya pada nabi saw.

Bahkan dia lebih dahuli mengikalan penentangan kepada Rasulullah daripada Abu Jahal. Bab yang ini, dia lebih hebatlah daripada si Abu Jahal.

Banu Hasyim semuanya secara ijmaknya adalah penyokong Rasulullah saw berbeza dia seorang ini.

Al-Kisahnya dia ini berjiran dengan Rasulullah saw. Tapi jiran yang jahat. Suka melempar kotoran dan benda busuk di pintu rumah baginda.

Ada dua jiran yang jahat duduk berjiran dengan Rasulullah saw. Si Abu Lahab dan Si Uqbah bin Abu Mu’it. Mereka berdua pernah mencampak perut unta di pintu rumah baginda saw.

Yang ramai orang keliru juga pasal nama isteri si Abu Jahal ini. Katanya Hindun. Silap tu.

Isteri Abu Jahal ialah Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah bin Abd Syam. Adapun si Hindun binti Utbah bin Rabi’ah ialah isteri si Abu Sufyan. Terdapat perbezaan pendapat tentang nama sebenar Ummu Jamil. Dikatakan al-‘Aura’ dan dikatakan juga Arwa.

Dah bapa borek, maka si anak pun samalah rintik. Maka si anak-anak Abu Jahal dan isterinya pakat sama-sama bersekongkol buat jahat dengan si bapa pada Rasulullah saw.

Nama anak si Abu Jahal ialah ‘Utaybah dan ‘Utbah. Kedua-duanya pernah mengahwini puteri Rasullah saw. Si ‘Utbah kemudian menceraikan si Ruqayyah dan si ‘Utaybah kemudian menceraikan Ummu Kathum.

Nak tau ‘ending’ si Ummu Jamil. Al-Kisahnya satu hari dia bawa seikat duri untuk dicampakkan ke jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw. Kerana kepenatan, dia berehat di atas batu. Kemudian datang malaikat menarik dari belakangnya dengan tali yang ada di lehernya lalu menjerutnya sehingga mati.

Adapun si Abu Lahab matinya kerana ditimpa sakit ‘al-Adasah’ seumpama taun, penyakit berjangkit yang amat digeruni oleh orang Arab. Jarang manusia akan hidup jika ditimpa penyakit ini.

Tatkala ia mati, iaitu 7 hari selepas perang Badar maka si anak-anaknya tak mahu mendekatinya. Takut akan mendapat jangkitan. Sehingga dikatakan selepas 3 hari, anak-anak Abu lahab bersetuju untuk mengorek satu lubang lalu menolak mayat si bapa ke dalamnya dengan kayu daripada jauh untuk mengebumikannya.

Beginilah kesudahan buruk orang yang buat jahat pada Rasulullah saw.

Minggu, 17 Mei 2009

Buku Kisah Orang2 Jahat...!!!!

al-Kisahnya syok juga apabila saya baca kisah samseng2 Mekah ni. Yalah sebagai pengajaran. Jangan asyik leka membaca yang baik-baik sahaja tetapi perlu juga baca yang jahat untuk pengajaran.

Dalam al-Quran pun bukan hanya ada kisah para nabi tetapi ada juga kisah orang-orang jahat seperti Firaun, Hamman, Abu Lahab dan Qarun.

Jadi, terfikir pula saya nak tulis buku pasal diaorang...

Agak-agaknya ada ke orang nak beli buku saya tu nanti? Bolek tak tolong beri komen anda.

Maklumlah, penat juga kalau tulis buku tetapi tak ada orang lain nak baca. Lagi penat kalau tak ada syarikat penerbit buku yang nak terima untuk terbit buku tu.

Abu Jahal dan Abu Lahab

Ramai antara kita yang selalu terkeliru dengan 2 orang ini. Memanglah dua-dua samseng Mekah, tetapi yang mana satu bapa saudara Rasulullah saw. Ramai juga yang begitu yakin yang dia tahu tentang kedua-dua orang ini.

Okey, yang mana satu bapa saudara Rasulullah? Ya…

Anda memang hebat. Tepat jawapan anda. Abu Lahablah bapa saudara nabi saw.

Abu Jahal merupakan orang Quraisy yang paling dahsyat memusuhi nabi saw dan orang mukmin. Dialah orang yang paling banyak menyakiti dan menghalang dakwah Islam. Beliau ialah musuh nombor satu Rasulullah saw. Dialah Firaun zaman Rasulullah saw.

“Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang Yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menjadi pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)” al-Furqan:31

Musuh Rasulullah saw yang dimaksudkan dalam tafsir adalah Abu Jahal.


Dia pernah cuba membunuh baginda saw dengan menghempap batu ketika baginda sedang sujud.

Sehajat-jahat Quraisy walaupun bersikap menentang namun ada masa mereka berlembut dengan Rasulullah saw tetapi Abu Jahal tidak pernah sekali pun bersikap kasihan kepada orang Islam.

Kamis, 14 Mei 2009

Geng jahat zaman Rasulullah saw

Ya, Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Allah juga menjadikan musuhnya iaitu Iblis. Nabi Ibrahim maka lawannya Namrud. Nabi Musa pula, ada Firauan.

Setiap zaman ada kumpulan Adam, Ibrahim dan Musa. Begitu lawannya iaitu Iblis, Namrud dan Firaun.Nama sahaja yang berubah-rubah btetapi perangai sama sahaja.

Tanyalah diri kita “awak tu masuk team mana?” Yalah, kita perlulah muhasabah diri.

Begitulah juga apabila Allah menjadikan Rasulullah saw, pun ada musuhnya. Siapa mereka?

Agak sukar juga nak kumpul geng samseng zaman Rasulullah ni. Siapa yang nak kumpul. Saya sengaja nak kumpul supaya kita dapat tahu, sama ada yang yang baik atau yang jahat.

Antara samseng zaman Rasulullah saw ialah;

1. Abu Jahal
2. Abu Lahab dan isterinya
3. Uqbah bin Abu Mu’it
4. al-Aswad bin Yaghus al-Zuhri
5. al-Aswad bin al-Mutallib
6. al-Harith bin Qays
7. al-As bin Wail
8. Malik bin al-Tulatilah al-Khuza’i
9. Umayyah bin Khalaf

Macam-macamlah puak ni buat pada Rasulullah. Mereka ejek, pulau, cuba nak bunuh dengan menghempap batu dan semua yang orang jahat buat. Memang jahat sungguhlah.

Kita tak usah buat macam diaorang kerana penamat hidup diaorang semuanya tragis. Nak tahu lagi bagaimana? Sabar ya sebab saya pun sedang syok membaca buku tersebut yang bercerita tentang mereka-mereka ini.

Akan kita kongsikan nanti…

Jumat, 08 Mei 2009

Nantikan...nama-nama geng jahat

Salam...

Kita selalu membaca nama tokoh-tokoh Islam. Rujukan tentangnya juga banyak. Tetapi bila kita hendak mencari nama-nama 'samseng' dalam sejarah khasnya zaman Rasulullah saw agak sukar.

Anda jangan risau, saya sudah jumpa rujukannya. Tunggu sahaja, akan saya paparkan nama-nama tersebut.

Teruskan melayari ibrahsejarah...cuba memaparkan lain dari yang lain

Sabtu, 20 Desember 2008

Musuh2 Islam


Apabila kita membaca sejarah Islam maka kita akan bertemu musuh-musuh Islam.
1. MUSYRIKIN MEKAH

2. YAHUDI
Banu Quraizah, Banu Nadhir dan Banu Mustalaq

3. PARSI

Ban
u Sasan yang memerintah Parsi antara tahun 226-651M seramai 30 orang raja iaitu 28 raja lelaki dan 2 orang wanita bermula ‘Ardashir b. Babik sehinggalah Yadzdajard b. Shahriyar.
4. BYZANTINE
(476-1453M) yang juga dikenali sebagai empayar Rom Timur adalah kesinambungan empayar Rom

5. GOTH

Bangsa Goth ialah etnik bangsa Jerman yang keluar daripada tanah asal mereka di Scandinavia ke kawasan Roman antara kurun ketiga hingga keenam masehi. Bangsa Goth terbahagi kepada dua bahagian iaitu Visigoth (goth barat) dan Ostrogoth (goth timur). Bangsa Visigoth ini telah bertapak di Semenanjung Iberia merangkumi Andalus dan selatan Perancis. Kerajaan goth ini telah menguasai Semenanjung Iberia sehinggalah pembukaan Islam pada tahun 711M

6. BARBAR

7. TENTERA SALIB
8. MONGOL




Old Post ►
 

Copyright 2012 Liputan Sejarah Indonesia: Samseng Mekah Template by Bamz | Publish on Bamz Templates