Tampilkan postingan dengan label Bergambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bergambar. Tampilkan semua postingan

Senin, 28 Juli 2008

2 Kelebihan Bumi Syam...


Alhamdulillah buat Allah yang memberikan aku rezeki untuk menjejakkan kakiku di bumi Syam yang bertuah ini. Tanggal 2 September 1994, aku bersama 30 sahabatku selamat menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Syam untuk mengutip mutiara2 ilmu di sini. Syukurnya aku atas nikmat ini kerana bumi Syam memiliki 2 keistimewaan yang tiada di bumi lain. Pertama ia tempat kelahiran para nabi dan pejuang Islam yang banyak. Kedua, ia adalah tempat sumber ilmu.
Permaidani Urdun Kau Tinggalkan
Mengatur Langkah Bersama Impian
....
Tetamu di dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
...

Terkenang Syam...

Israk dan MIkraj mengenangkan daku kepada kepada bumi daratan Syam yang kurindui...

Hebatnya Israk dan Mikraj...

Malam ini adalah malam 27 Rejab. Kita semua akan memperingati peristiwa yang berlaku ke atas junjungan kita Rasulullah SAW. Namun, yang paling penting apakah pengajaran yang kita ingin ambil daripada sejarah agung ini.
1. Sebelum dihadiahkan dengan Israk dan Mikraj, Rasulullah saw telah menerima pelbagai ujian
* Ubat untuk hilangkan kesedihan keluarga, isteri, anak2 ialah bawa berjalan-jalan.mangin angin

2. Sebelum dibawa berjalan untuk bertemu Allah, Rasulullah saw telah dibedah dadanya dahulu
* Untuk bertemu Allah dalam solat, haji, puasa Ramadhan, mati...hati mesti dibersihkan dahulu hati kita

3. Rasullah saw mengikat Buroq semasa singgah di Masjid al-Aqsa (walaupun Buroq tidak akan lari)
* Manusia mesti ambil asbab/berusaha, jangan hanya bertawakkal semata-mata

4. Rasulullah saw diberi pilihan antara susu dan arak, lalu baginda memilih susu
* Dalam hidup ini sentiasa ada dua pilihan antara yang baik dan yang jahat. Kitalah yang akan memilihnya.

5. Setiap kali memasuki langit, Jibril akan memberi salam dan memperkenalkan diri
* Ayuh marilah kita selalu mengamalkan salam, bukan hanya hello, hello, hello sahaja

6. Setelah diberi 50 waktu solat, Rasulullah saw meminta dikurangkan setelah mendengar nasihat Nabi Musa
* Dengarlahlah nasihat walaupun orang tersebut lebih rendah darjatnya daripada kita

7. Rasulullah saw tetap ingin menceritakan Israk dan Mikraj walaupun cuba dibantah oleh Ummu Hani' kerana bimbang baginda akan mendapat cemuhan
* Sampaikan apa yang benar walaupun mungkin akan ada risiko dan cemuhan

dan banyak lagi pengajaran yang lain. Fikir-fikirlah...

Kamis, 24 Juli 2008

Pesta buku Selangor

I Love Ramadhan

I Love Ramadhan bakal menemui kita semua tidak lama lagi. Gaya penyampaian yang selamba dan rangup, sesuai untuk kita baca sebelum menghadapi bulan Ramadhan yang mulia. Buku ini cuba memberi sedikit makanan untuk minda anda dengan fakta2 yang penting, mengetuk emosi dan spiritual kita. Ramadhan adalah hadiah yang begitu istimewa untuk kita semua...Jangan lepaskan peluang.

Rabu, 23 Juli 2008

Yang Pelik Lagi Hairan

Assalamulaikum semua! Esok akan bermulalah Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam.
Tentunya salah satu buku terbaru yang akan ada ialah buku YPLH (ganbar di sebelah) yang merupakan buku ke-4 saya dan karya saya yang ke-2 bersama Karnadya Solution. Syukran jazilan lakum.
Apa sebenarnya buku YPLH?
Saya tidak nafikan bahawa YPLH, adalah antara karya yang paling sukar saya hasilkan setakat ini. Ia adalah hasil pengamatan saya melihat karenah manusia yang berbagai-bagai di dasawarsa mutakhir ini. Yang pelik-pelik belaka. Untuk kita jadikan sempadan jika yang tidak bagus dan sebagai ikutan jika yang bagus.
Saya ingin mengajak diri saya dan semua pembaca untuk kita melakukan muhasabah diri kita. Jom! Muhasabah (hitung) diri kita sebelum kita dihisab Tuhan. Saya lihat banyak buku berkaitan mengajak manusia untuk cemerlang itu dan ini, merancang kerja A dan merancang kerja B, tetapi saya tidak menemui buku yang mengajak kita bermuhasabah. Apabila kita dah dapat apa yang kita rancangkan, kita muhasabah tak selepas itu? Ada @ tiada? Hasilnya, inilah bukunya.
Antara yang saya tuliskan ialah benda2 yang mati spt kerusi, meja (juga hati) apabila diketuk maka tiada tindak balas. Sesutu yang mati, maka tiada tindakbalas. Begitu juga hati? Yang mampu kita beli (makanan, bilik hotel, banglo) dan yang tak mampu (selera, nyenyak, bahagia). Ular hanya ada sifat ular shj, buaya hanya ada sifat buaya sahaja, tetapi manusia ada sifat manusia, ular (lidah bercabang, membunuh, kaki belit), buaya (ganas membaham mangsanya) dan sifat kebinatangan yg lain.
Bagi sesiapa yang ingin muhasabah, cubalah baca buku ini. Semoga kita sesekali dapat mengetuk hati kita ini...Terima kasih semua.

Sodomi @ sodomy

Hari ini jika kita membaca surat khabar kita akan terbaca perkataan Sodomi @ sodomy. Saya pun segera melihat dalam kamus BI-BM. Sodomy bermaksud liwat. Dalam kamus dewan pula, sodomi ialah hubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dengan lelaki.
Namun, saya ingin melihat dari sudut sejarah bukan bahasa atau politik. Sadum sebenarnya adalah satu bandar daripada bandar2 kaum Lut.
Penduduk Sadum telah diutuskan kepada mereka Nabi Lut as. Mereka telah melakukan satu amalan yang sangat keji iaitu liwat (homoseksual). Lalu Allah menurunkan azab ke atas mereka dengan menterbalikkan bumi mereka.
Kekejaman dan kekejian yang dilakukan oleh penduduk Sadum ini sehingga dijadikan perumpamaan "Lebih kejam daripada Sadum". Lihat al-Himyari: al-Raudh al-Mi'tar, halaman: 308.
Sehingga nama sadum ini kini dijadikan istilah untuk liwat.

Jumat, 18 Juli 2008

Berita Harian Hip*

Sahrulazmi Sidek (Abuiyyash) dalam Berita Harian Hip* bertarikh Jumaat
18 Julai 2008.
Syukran jazilan buat Karnadya Solution dan Berita Harian

Sakit Pun O.K.

Berdakwah dalam penulisan kreatif

Kamis, 17 Juli 2008

Apa itu maju...PETRA

Ramai orang mendakwa zaman dia maju dan dan zaman orang lain tidak maju. Betul dan boleh ke dakwaan sebegini?
Kita kata kita maju apabila kita ada itu, ini, gitu dan gini. Dan orang lain tidak maju kerana tidak ada apa yang kita ada. Tetapi mungkin maju orang lain pada satu sudut dan maju kita pada sudut yang lain.
Kalau kita kata kini kita berada di zaman yang maju, apakah zaman nenek dan datuk kita dahulu tidak maju. Apatah lagi jika kita melihat 1000 tahun atau ribuan tahun yang lalu tidak maju kerana mereka tidak ada apa yang kita ada pada hari ini. Mereka tidak ada telefon bimbit dan sebagainya. Kita tinggalkan persoalan ini...
Saya dan kawan-kawan pernah menziarahi PETRA (gambar di sebelah) pada tahun 1995 ketika saya belajar di al-AlBayt Jordan dulu.
Mereka ini mampu mengukir bukit menjadi istana! Sedangkan kita hari ini mungkin tidak mampu melakukannya. Mereka ada kemajuan mereka dan kita ada kemajuan kita.
Adakah mereka tidak maju walaupun ketika itu mereka tidak ada telefon bimbit macam kita pada hari ini?
Jawablah dengan ikhlas...Apa itu maju?

Jumat, 04 Juli 2008

Persediaan untuk Ramadhan

Kita telah berada di bulan Rejab. Ertinya, kita ada lagi dua bulan sahaja untuk menghadapi bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w berdoa selama dua bulan pada Allah agar ditemukan dengan Ramadhan. Daripada Anas r.a; bahawasanya apabila masuk bulan Rejab baginda s.a.w. berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Ertinya:

Ya Allah! Berikanlah keberkatan buat kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

(Ibn Sunni)

Rasulullah dan para sahabat bersedia dua bulan lamanya bagi menghadapi Ramadhan. Saya, kita dan anda bagaimana? Apa persiapan kita untuk Ramadhan yang akan datang ini? Apa persiapan jasmana dan rohani kita? Jika kita seorang ketua keluarga, apa perancangan kita untuk seisi keluarga kita bagi menghadapi bulan yang mulia ini?

Muhasabahlah diri kita, jangan jadi yang pelik lagi hairan...

Kamis, 26 Juni 2008

Buku Terbaru (ke-4) Abuiyyash

Alhamdulillah,
Hari ini, saya mendapat info buku saya yang terbaru telah siap layout dan kulit luarannya daripada Karnadya Solution (Lihat Lamab web Karnadya.com). Bagi setiap diri seorang penulis, melihat buku yang digarapnya saban bulan akhirnya berada di pasaran merupakan detik-detik indah.

Bahkan ia boleh menjadi pemangkin untuk terus berkarya lagi. Buku kelima saya pun telah berada di tangan editor dan harap-harap ia akan terbit mengikut perancangannya. Al-hamdulillah kepada Tuhan yang telah memberi pinjam ilmu-Nya untuk saya terus berkarya.

Buat sidang pembaca, berilah sokongan dengan memperkasakan budaya IQRA' (Bacalah) yang telah dilancarkan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu.
Old Post ►
 

Copyright 2012 Liputan Sejarah Indonesia: Bergambar Template by Bamz | Publish on Bamz Templates